Langkau ke kandungan
MAYCBUKIT BINTANG
Sejarah MAYC

Sejak1954

Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) ditubuhkan untuk menyatukan belia supaya tenaga mereka digembleng dalam kegiatan pelajaran sivik, sukan, rekreasi dan kesenian.

72Tahun bersama belia
17Kelab pada Mesyuarat Agung pertama
1062No. sijil pendaftaran (Selangor)

Garis masa

  1. 1954

    Penubuhan sebagai Persatuan Pemuda Pemudi Malaya

    Struktur awal diambil daripada National Association of Youth Clubs (NAYC) di United Kingdom. Tan Sri Mubin Sheppard menjadi Presiden pertama.

  2. 1956

    Mesyuarat Agung pertama dan pendaftaran rasmi

    Mesyuarat Agung pertama di Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur dihadiri 17 kelab gabungan. Pendaftaran diluluskan pada 19 Oktober 1956. Tunku Abdullah menjadi Presiden kedua, dan MAYC menyertai Persidangan Belia Sedunia (WAY) di Berlin.

  3. 1960

    Jaringan antarabangsa dan Pingat Jasa Cemerlang

    Kerjasama dengan persatuan di Jepun, Amerika, India, Australia, England dan Asia Tenggara. Pingat Jasa Cemerlang (JC) diperkenalkan.

  4. 1970

    Wisma Belia dirasmikan

    Dibina di atas tanah kurniaan Sultan Selangor di Jalan Syed Putra, dan dirasmikan pada 27 Ogos 1970 oleh Tun Abdul Razak.

  5. 1973

    Era Tan Sri Sanusi Junid (1973–2000)

    Presiden keempat yang memperkenalkan falsafah MENJARO dan POLEMAS.

  6. 1986

    Kompleks MAYC

    Wisma Tunku dibina, dan Kompleks MAYC dirasmikan pada 10 Ogos 1986 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

  7. 2000

    Tan Sri Syed Hamid Albar

    Presiden kelima (2000–2010).

  8. 2007

    Era Akta Belia

    Akta Belia diperkenalkan dan mensyaratkan ahli berumur di bawah 40 tahun.

  9. 2012

    Presiden ketujuh

    Sdr. Mohd Hasri Mohd Hadzir dilantik pada Mesyuarat Agung kali ke-53, meneruskan semangat kenegaraan dalam program MAYC.

Falsafah yang diwarisi
MENJARO

Mental, jasad dan rohaniah — asas kekuatan diri setiap ahli.


POLEMAS

Politik, ekonomi dan masyarakat — medan yang disediakan untuk belia menceburi.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Metro Madness! Vol.2 Info