Langkau ke kandungan
MAYCBUKIT BINTANG
Kenyataan Pengerusi

Tahniah & syabas, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang

Haikal ZainiPengerusi MAYC Bukit Bintang · 1 min bacaan
Pengerusi MAYC Bukit Bintang bersama pimpinan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang
Pengerusi MAYC Bukit Bintang bersama pimpinan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang

Ringkasan

  1. Pengerusi MAYC Bukit Bintang hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang 2026.
  2. Mesyuarat Agung Tahunan dihadiri seramai 60 orang.
  3. MAYC Bukit Bintang mengalu-alukan kerjasama dengan pertubuhan belia setempat.
Baca penuh

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang atas jemputan kepada saya selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bukit Bintang untuk menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan dengan kehadiran seramai 60 orang, yang mencerminkan komitmen, kesatuan dan semangat anak muda dalam terus memperkukuhkan gerakan belia di kawasan Bukit Bintang.

Semoga Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang terus maju dalam memperjuangkan kepentingan belia serta menjadi platform yang menyatukan anak muda melalui pelbagai inisiatif, program dan khidmat kepada masyarakat.

MAYC Kawasan Bukit Bintang sentiasa mengalu-alukan ruang kerjasama dan sinergi bersama pertubuhan-pertubuhan belia setempat demi membina ekosistem belia yang lebih progresif, inklusif dan berdaya saing.

Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya buat seluruh kepimpinan serta ahli Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang!

  • #MAYCBukitBintang
  • #GerakanBelia4B
  • #BeliaBukitBintang
  • #BukitBintang
  • #BeliaMalaysia
  • #AnakMuda
Kongsi artikel iniKongsi ke WhatsApp
Telegram

Baca seterusnya

Metro Madness! Vol.2 Info